Email MEOW Di [email protected]

Roze Haruman Terbaru Alibi Music

July 22, 2010 by  

Rozie, gadis kelahiran Kota Singa ini muncul dengan HARUM, bakal memberikan wangian baru dalam blantika muzik serantau. Mengangkat irama RnB sebagai genre muzik, gadis ini mula dikesan bakatnya oleh Imran Ajmain ketika usianya baru menginjak 15 tahun. Roze adalah pesona Alibi Music terbaru.

Kelunakan vokal Roze telah membuka peluang untuknya melatari suara untuk artisIartis seperti Taufik Batisah dan Imran Ajmain. Beliau juga berpadu suara bersama Rauzan Rahman dan Urban Sensation menerusi ‘Kasih Mengapa’ juga ‘Too Far’ bersama Krazzie StarrM

Menurut KC Ismail dari Alibi Music, pemilihan Roze sebagai ahli keluargha Alibi Music adalah kerana kemampuan vokalnya yang tersendiri dan unik, “Kali pertama melihat Roze menyanyi ketika majlis Pelancaran album SleeQ di Singapura, saya kagum dengan bakat istimewa yang ada padanya,” ujar KC, “saya percaya keunikkan vokal Roze dapat mewarnai industri muzik dan jarang kita temui suara seperti ini,” tambahnya pula.

Penantian sembilan tahun untuk bergelar sebagai penyanyi direalisasikan apabila single HARUM akan ke udara di radio pada penghujung julai ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

One Response to “Roze Haruman Terbaru Alibi Music”

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!