Selebriti Dan Orang Ramai Diminta Membantu.
August 6, 2010 by admin
Kepada semua selebriti, pengurus dan orang ramai diminta membantu untuk mengumpul dana bagi membantu rumah anak-anak yatim Rumah Amal Kasih Bestari yang telah terbakar pada 16 Julai 2010 yang lalu, dalam majlis minum petang, pada 8 Ogos, Ahad, bermula jam 12.30 tengahari di Victorian Ballroom, Holiday Villa, Subang.Lokasi : Victorian Ballroom, Holiday Villa Hotel & Suites Subang
Bantuan dengan kutipan tiket masuk individu berharga RM88.00 nett, termasuk untuk pengunaan dewan, jamuan & pembelian dua unit komputer utk anak anak yatim, tabung anak-anak yatim & membaik pulih asrama.
Antara barisan artis yang akan terlibat sama dalam acara kutipan dana berkenaan ialah Nurul Wahab, Fazli Zainal, Lufya AF, Nita Hamzah, Amirul Jafril, Farina AF, Andi, Diddy, Ainul Aishah, Saidah AF, Shazroul, Iqwal dan ramai lagi.
Rumah Amal Kasih Bestari menempatkan seramai 55 orang anak yatim berumur dari 4 – 15 tahun. Kebakaran terbabit telah berlaku di asrama lelaki dan menyebabkan tempat tidur, buku sekolah, pakaian dan harta benda lain, hangus dijilat api. Mujurlah tiada kemalangan jiwa. Jumlah kerugian adalah dianggarkan RM 45,000.00 Buat masa kini, mereka menumpang tidur di surau dan tidur beralaskan beberapa keping tilam dan di atas lantai sahaja.
Rumah Amal Kasih Bestari ditubuhkan pada September 2007 sebagai pusat perlindungan dan penjagaan kebajikan kepada golongan yang layak menerima zakat dan juga anak-anak yatimdan diuruskan oleh Ustaz Hamzah Busu dan Ustazah Wan Rokiah.
Alamat:
Rumah Amal Kasih Bestari
Lot 5930, Jalan Jati,
Kampung Betik, Kampung Melayu Subang
40150, Shah Alam.
Mungkin, ini adalah masa untuk kita sama-sama membantu untuk mengumpulkan dana dan beramal serta bersedekah bagi membantu anak-anak yatim yang ditimpa musibah ini. Jasa dan pertolongan tuan puan semua amat dihargai.
Hubungi Puan Myn di talian : 012 3555 200


