Email MEOW Di [email protected]

Senario Asam Garam, Cukup Asam Dan Cukup Garam.

September 1, 2010 by  

Membuat penonton untuk ketawa, adalah satu perkara cukup sukar, yang hanya mampu dilakukan oleh mereka yang kreatif. Tambahan dari itu, menangani sebuah kumpulan lawak, seperti Senario, pastinya menuntun satu kreativiti yang cukup tinggi, bagi memastikan ianya satu komedi segar yang dapat diterima oleh penonton. Itulah usaha yang berjaya dilakukan oleh Profesor Dr Hatta Azad Khan, menghasilkan Senario Asam Garam, menemui penonton pada Aidilfitri 2010 ini.

Ditangan pengarah filem Mat Som ini, Hatta berjaya memanipulasi bakat yang ada buat pelakon utamanya seperti Lan Pet Pet, Azlee Jaafar juga Zaibo. Buat Julia Hana, lakonan yang mantap juga gerak tubuhnya, harus diberikan pujian. Fimie, pelakon kanak-kanak yang diketengahkan dalam karya ini juga harus diberi pujian. Sebagai seorang kanak-kanak pintar yang membantu watak utama dalam menyelesaikan masalah, menjadikan Fimie, dapat bermain dalam ruang kreatif untuk memastikan dia menonjol di kalangan pelakon utama yang cukup kuat.

Senario Asam Garam juga memberi satu peluang kepada pengajar juga pelajar yang terlibat secara langsung dalam proses penghasilan filem, apabila melibatkan Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik UiTM, dalam mempraktikkan apa yang mereka ketahui.

Keseluruhannya, penghasilan Senario Asam Garam, harus diberi pujian, buat mereka dibelakang tabir. Ianya membuktikan, kemahiran boleh didapati dari ruang kelas yang memberikan informasi yang mencukupi. Melalui kerja Pengarah Fotografi, Erman Maharam, membuktikan industri filem Malaysia, tidak tandus dalam menyediakan pelapis bidang ini.

Keseimbangan di antara tenaga produksi yang diwakili Prof Dr Hatta Azad Khan juga barisan pelakon hebat, seperti Lan Pet Pet, Zaino, Azlee Jaafar, Julia Hana, Nadia Mustafa, Fimie dan lain-lain, akan menjadikan sebuah karya usahama di antara Metrowealth Pictures dan The 8 Unit (Primeworks Studio) ini, sebuah filem ‘box office’ di musim perayaan.

Senario Asam Garam yang akan ditayangkan pada hari pertama sambutan Aidilfitri tahun ini, sememangnya menjadi pelengkap kepada sambutan itu sendiri. Dengan memaparkan kekuatan nilai kekeluargaan di dalam menghadapi masalah, diselit dengan unsur humor dan komedi situasi, menjadikan tontonan bersama sahabat handai juga keluarga, adalah satu pengalaman menyambut Aidilfitri yang menarik. Filem ini adalah karya yang sesuai untuk ditonton oleh kepelbagaian peringkat umur.

Senario Asam Garam adalah sebuah karya yang cukup asam dan cukup juga garamnya…

Senario Asam Garam bakal ditayangkan pada Jumaat, 10 September 2010 bersempena sambutan Aidilfitri 2010.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!