SM Nasarudin Kahwini Marion Caunter Disember Ini
August 30, 2010 by admin

Lima tahun tempoh percintaan yang dibina oleh Marion Rose Caunter, pengacara E! News Asia telah mengesahkan akan berkahwin dengan kekasih hatinya yang merupakan anak tokoh korporat Allahyarham Tan Sri Nasamuddin SM Amin, SM Nasarudin pada Disember ini.
Memetik kata – kata indah dari Marion Rose Caunter:-
“Ya, kami akan berkahwin pada Disember ini. Bagaimanapun, saya minta maaf kerana tidak dapat memaklumkan tarikh pernikahan kami lagi, tunggu masa yang sesuai nanti,” katanya ketika dihubungi semalam.
Pengacara lulusan Universiti Marquette di Milwaukee, Amerika Syarikat itu memberitahu, hubungannya dengan Pengerusi Eksekutif Bersama merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Naza itu sudah mendapat restu keluarga.”Kami sudah lama berkawan dan tahun ini adalah tahun terbaik untuk kami bernikah,” katanya.


Biar betul macam marion tu nak buat bini. Tak ikut sunnah Nabi langsung pemuda sekarang, dedah dada macam tu boleh ke jadi isteri dan ibu solehah. Kesian SM Nasarudin, tak ade orag bagi panduan cari bini solehah kot? Nauzubillah.
Biar betul pompuan dedah aurat 99% macam marion tu nak dibuat bini. Layakke jadi isteri dan ibu solehah. Dimanakah pertimbangan akal fikiran yang waras berdasarkan sunnah Nabi S.A.W? Wahai SM Nasarudin fikirkanlah, tiadakah panduan dari ahli keluarga awak? Nauzubillah.