Gabungan yang lama dan yang baru menghasilkan kolaborasi yang klasik dan bertenaga. MEOW sarankan kepada khalayak untuk menonton Dato’ M. Daud Kilau yang terkenal dengan lagu ‘Raja Gelek’ dan ‘Cek Mek Molek’ membuat persembahan dengan kumpulan bertenaga ‘One Nation Emcees’ untuk Festival Muzik KL 2011 (FMKL 2011) pada 1 hingga 3 Julai ini.
Hasilnya sudah tentu ‘explosive’.
Tiket-tiket untuk FMKL 2011 boleh didapati melalui www.ticket2u.biz . Jangan lepaskan peluang ini. Gambaran untuk persembahan yang sama boleh anda saksikan di sini:
MEOW:Selalu rasa nak menari sama bila One Nation Emcees mula membuat persembahan.
by Chief Entertainment Officer on December 1, 2010
Teater muzikal Tun Mahathir terbitan CRTA Production dan diarahkan oleh Rosminah Tahir, manakala skrip ditulis oleh Ismail Kassan, akan dipentaskan untuk musim kedua di Panggung Sari, Istana Budaya bermula dari 21 – 30 Januari 2011.
Untuk musim kedua, tiket-tiket ‘Gold Class,’ berharga RM 302 telah mula dijual di kaunter tiket box-office Istana Budaya juga melalui www.ticket2u.biz. Sebanyak 37 tiket ‘Gold Class’ akan dijual pada setiap persembahan.
by Chief Entertainment Officer on November 23, 2010
Melangkah kaki ke Istana Budaya untuk turut terlibat dalam pementasan teater Natrah, arahan Eirma Fatima, telah membuatkan Pengarah Istana Budaya, ‘tergoda’ dengan Liyana Jasmay.
Bagi Tuan Haji Mohamed Juhari Shaarani, Ketua Pengarah Istana Budaya, perwatakan menarik dan berkarektor, membuatkan dia ‘tertawan’ untuk menawarkan watak Siti kepada Liyana Jasmay, bagi pementasan teater ‘Siti Di Alam Fantasi’ yang akan dipersembahkan bermula 22 Disember di Istana Budaya.
Keputusan yang diambil oleh Ketua Pengarah IB itu dipersetujui oleh Aminah Rhapor, pengarah pementasan Siti Di Alam Fantasi. Untuk rekod, watak Siti dibawakan oleh Amy Mastura, untuk musim pertama.