Dugaan & Rintangan Ustaz Amirul
December 28, 2010 by admin
Filed under Berita Hiburan Tempatan
Pernahkan anda mengalami sebuah situasi hebat di mana segala keputusan dan tindakan yang akan diambil mampu mendorong kepada kemungkinan yang abstrak? Itulah dilema yang dihadapi oleh Ustaz Amirul, yang berhadapan dengan pelbagai rintangan dan dugaan realiti, cinta, keluarga dan diri sendiri.
Senario Asam Garam, Cukup Asam Dan Cukup Garam.
Membuat penonton untuk ketawa, adalah satu perkara cukup sukar, yang hanya mampu dilakukan oleh mereka yang kreatif. Tambahan dari itu, menangani sebuah kumpulan lawak, seperti Senario, pastinya menuntun satu kreativiti yang cukup tinggi, bagi memastikan ianya satu komedi segar yang dapat diterima oleh penonton. Itulah usaha yang berjaya dilakukan oleh Profesor Dr Hatta Azad Khan, [...]

