Lakonan
Que Haidar
Hans Isaac
Datuk Ahmad Tamimi Siregar
Vanidah Imran
Sabrina Mohammed Hassan
Namron
Adam Corrie
Sobri Anuar
Afdlin Shauki
Nasir Bilal Khan
Yalal Chin
Liyana Jasmay
Helmi Yusof
Pacai
Muzik
Azlan Suhaimi
Penerbit
Gayatri Su-Lin
Sinopsis
Sebuah kisah yang menakjubkan tentang dua dunia berbeza, namun berlandaskan kasih sayang. Dua beradik, Indra dan Ilya dalam perjalanan pulang ke kampung halaman mereka untuk urusan pengebumian ayah mereka, Iskandar. Indra adalah anak kandung Iskandar yang menjadi pelumba kereta profesional, tetapi kuat berjudi dan seringkali meminjam daripada ah long. Hidupnya kini diburu gangster. Manakala Ilya pula adalah anak angkat Iskandar yang diberikan oleh ‘seseorang’ ketika Iskandar melalui sebatang jalan lama 25 tahun dahulu. Ilya seorang anak yang baik, yang banyak membantu Iskandar membina kerjayanya. Iskandar juga sangat sayangkan Ilya. Ini jugalah yang menjadi punca ketidakpuasan hati Indra, lalu membawa diri jauh daripada keluarga.
Pada hari kematian Iskandar, buat pertama kalinya selepas 15 tahun, Indra ke pejabat ayahnya untuk mengambil surat wasiat yang ditinggalkan untuknya. Indra diminta membawa Ilya pulang, kerana Ilya tidak tahu memandu. Ketika di lebuhraya, Indra dikejar oleh gangster. Lalu Indra mengambil keputusan menggunakan jalan lama.
Ketika melalui jalan lama, tidak semena-mena mereka memasuki ‘dunia lain’. Pelbagai peristiwa pelik dialami mereka sepanjang berada di dunia tersebut. Daripada diganggu oleh makhluk mengerikan hinggalah kepada sesuatu yang mengasyikkan. Apakah akan terjadi kepada mereka berdua ? siapakah sebenarnya sebneranya mereka ? apakah yang terdapat di jalan lama tersebut ?
Dalam sebuah majlis yang dihadiri oleh anak kepada Allahyarham Tan Sri Syed Nasimuddin baru-baru ini, anak bujang beliau SM Faliq telah membawa bersama seorang gadis yang bernama Raline Shah. Raline dikatakan adalah teman wanita SM Faliq. Enjoy gambar mereka berdua dan gambar Marion bersama suaminya SM Nasaruddin.
Marion kelihatan anggun dalam gaun merah menyala.
MEOW:Gaya hidup orang-orang yang kaya dan ternama.
by Chief Entertainment Officer on December 22, 2010
Pada 18 Disember lalu, telah berlangsungnya majlis resepsi perkahwinan SM Nasarudin dan Marion yang mana majlis tersebut dilakukan secara tertutup. Disebabkan itu, kami pasti ramai yang tercari-cari gambar sekitar majlis resepsi SM Nasarudin dan Marion itu. Jadi, di sini kami kongsikan kepada anda dengan beberapa gambar sekitar majlis resepsi tersebut yang kami terima melalui kiriman emel. Jom layan..
by Chief Entertainment Officer on September 3, 2010
Memang tajam menikam je ayat SM Faisal yang kalau tak silap kami adalah abang kepada SM Nasaruddin. Mungkin ayat ini ditujukan selepas pengakuan Marion Caunter yang dia akan berkahwin dengan SM Nasaruddin Disember ini.
Lima tahun tempoh percintaan yang dibina oleh Marion Rose Caunter, pengacara E! News Asia telah mengesahkan akan berkahwin dengan kekasih hatinya yang merupakan anak tokoh korporat Allahyarham Tan Sri Nasamuddin SM Amin, SM Nasarudin pada Disember ini.
Memetik kata – kata indah dari Marion Rose Caunter:-
“Ya, kami akan berkahwin pada Disember ini. Bagaimanapun, saya minta maaf kerana tidak dapat memaklumkan tarikh pernikahan kami lagi, tunggu masa yang sesuai nanti,” katanya ketika dihubungi semalam.
Pengacara lulusan Universiti Marquette di Milwaukee, Amerika Syarikat itu memberitahu, hubungannya dengan Pengerusi Eksekutif Bersama merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Naza itu sudah mendapat restu keluarga.”Kami sudah lama berkawan dan tahun ini adalah tahun terbaik untuk kami bernikah,” katanya.