Kalau hari itu kita dah lihat keluarga bahagia Abby Abadi, kali ini kita lihat keluarga bahagia Norman Hakim pula.
Nak buat macam mana, idea kita semua tentang keluarga bahagia adalah berbeza.
Lagi gambar di galeri:
Kalau hari itu kita dah lihat keluarga bahagia Abby Abadi, kali ini kita lihat keluarga bahagia Norman Hakim pula.
Nak buat macam mana, idea kita semua tentang keluarga bahagia adalah berbeza.
Lagi gambar di galeri:
Kalau ini telenovela, ia pasti mendapat sambutan hangat.
Berikutan Memey membawa dua orang anak Abby ke sebuah majlis untuk orang dewasa baru-baru ini, Norman Hakim telah membuat kenyataan:
Kalau saya berada di tempat Abby, saya akan berterima kasih kepada Memey kerana ada orang yang menjaga anak-anak ketika ketiadaan saya. Bagaimanapun, apabila timbul cerita ini, kesian Memey. Bukan salah dia kerana saya perlukan bantuannya menjaga anak-anak apabila Abby tiada. Apapun, saya terima apa yang berlaku, tetapi ia bukanlah sengaja untuk menyakitkan hati Abby. Saya juga harap agar hubungan kami tidak sentiasa tegang dengan pelbagai kemelut yang tidak pernah berhenti kerana saya cuba sebaiknya untuk menjalankan tanggung?jawab sebagai ayah. Saya juga kesal apabila dikatakan cuai dalam menjalankan tanggungjawab dari segi nafkah. Hakikat–nya, saya sentiasa pastikan kepentingan anak-anak dengan membelikan barang keperluan dapur setiap 20 hari sekali melalui bantuan pembantu rumah yang memberikan senarai barang-barang yang diperlukan. Saya juga bayar bil air dan elektrik, begitu juga duit belanja sekolah dan pengangkutan anak-anak ke sekolah. Kami juga tidak terikat dengan peraturan tertentu soal penjagaan anak sebaliknya lebih fleksibel mengikut kesesuaian.
Walau bagaimanapun, membawa anak-anak ke majlis untuk orang dewasa tetap satu tindakan yang salah. MEOW sendiri tidak pasti apa majlis untuk wanita dewasa yang dimaksudkan, pada tanggapan MEOW, ianya mungkin majlis pertunjukan fesyen lingerie, atau majlis gusti wanita di dalam jeli berwarna merah (hanya tanggapan).
Soalnya adakah membawa anak ke majlis-majlis begitu ada kebaikannya. Dari satu segi, memang anak itu dijaga, tetapi dari sudut yang lain, anak itu terdedah pula kepada unsur-unsur yang belum sesuai didedahkan kepada mereka. Soal logik dan rasional perihal penjagaan anak ini sepatutnya difahami terlebih dahulu oleh ‘pasangan terpuji’ ini.
Ini pula surat terbuka seorang awam bernama Natasha tentang perihal Memey:
Baca Sampai Habis!
Kategori: Gayahidup, Gosip Hiburan
| 5 komen
DRAMATIS popular, Arbaiyah Abdul Manan, 34 atau Abby Abadi mempersoalkan motif tindakan Memey Suhaiza Suhaimi, 23, yang membawa dua daripada tiga orang anaknya hadir ke sebuah majlis tertutup di Kuala Lumpur, minggu lepas.
Abby mendakwa, tindakan tunang Norman Hakim, 35, itu adalah di luar pengetahuannya walaupun dia tidak dapat menghalang sekiranya anak-anaknya dibawa bersiar-siar oleh bekas suaminya itu dengan disertai oleh Memey.
Abby meluahkan rasa tidak senang hati setelah mendapat tahu dua anak perempuannya, Marissa Damia Hakim dan Maria Danisha Hakim, masing-masing berumur enam dan tiga tahun, dibawa ke satu majlis tanpa ditemani oleh bekas suaminya itu.
Lebih tidak elok lagi apabila majlis tersebut diadakan pada sebelah malam dan kanak-kanak tidak digalakkan dibawa ke majlis tersebut.
Menerusi perbualan telefon bersama Hits, Abby memberitahu, dia amat berkecil hati dengan sikap Norman yang membenarkan Memey membawa anak-anak mereka walhal majlis tersebut tidak sesuai dihadiri oleh kanak-kanak.
“Jujurnya, saya tidak tahu menahu bahawa anak-anak saya dibawa ke majlis tersebut.
“Setahu saya, seperti biasa, Norman minta kebenaran untuk membawa anak-anak keluar kerana mahu meluangkan masa bersama.
Baca Sampai Habis!
Kategori: Gosip Hiburan
| 0 komen