Email MEOW Di [email protected]

Metrowealth Sedia Untuk ‘Digital Cinema,’ David Teo.

Peneraju dalam industri perfileman tempatan, Metrowealth, kini bersedia dalam menyahut kebangkitan medium sinema baru iaitu pawagam digital atau lebih dikenali sebagai ‘Digital Cinema.’ Menurut David Teo, mereka (Metrowealth) kini cukup bersedia terutamanya dari aspek teknikal (penggunaan kamera juga proses pra produksi) dalam bersaing untuk menghasilkan filem-filem keluaran, mengikut format digital.

Wartawan Melodi Jawab Status Facebook Norman KRU

Salah faham yang berlaku di antara penerbit, pengarah terkenal, Norman KRU dengan wartawan dan penerbit program Melodi, telah dijawab oleh wakil/wartawan Melodi yang terlibat, sebentar tadi. Menurut wartawan Melodi, Azwan Azmi,  jawapan Norman Abdul Halim ketika ditemuramah serta ‘footage’ terdahulu yang digunakan dalam segmen yang disiarkan Melodi pada Ahad lepas di TV3, tidak diedit atau [...]

Jangan Pandang Belakang Congkak 2: Komedi Ringan Dan Menghiburkan

Mencari formula untuk menghasilkan sebuah filem komedi bukanlah sesuatu yang mudah, tambahan untuk memastikan kejayaan filem dihasilkan di bawah francais yang sama, mengecapi kutipan box office seperti filem yang lalu. Inilah yang perlu dihadapi oleh Ahmad Idham, selaku pengarah filem terbaru terbitan Metrowealth, Jangan Pandang Belakang Congkak 2, yang ditayangkan di pawagam hari ini.

Sekali Lagi…Hasil Pengarah Muda Metrowealth

Melihat situasi penonton ke pawagam yang lebih memilih filem-filem berkualiti, membuatkan Metrowealth bersikap selektif, memilih skrip untuk difilemkan. Sekali Lagi…setelah diteliti, mempunyai keistimewaan dan kelainan tersendiri dalam menarik penonton ke pawagam.

Senario Asam Garam, Cukup Asam Dan Cukup Garam.

Membuat penonton untuk ketawa, adalah satu perkara cukup sukar, yang hanya mampu dilakukan oleh mereka yang kreatif. Tambahan dari itu, menangani sebuah kumpulan lawak, seperti Senario, pastinya menuntun satu kreativiti yang cukup tinggi, bagi memastikan ianya satu komedi segar yang dapat diterima oleh penonton. Itulah usaha yang berjaya dilakukan oleh Profesor Dr Hatta Azad Khan, [...]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Next Page »