Rozita Che Wan

Rozita Che Wan akui minat ‘daun muda’

by Chief Entertainment Officer on August 18, 2011

Hari ini Utusan melaporkan, yang Rozita Che Wan memang lebih berminat dengan lelaki bujang yang lebih muda daripadanya. Dia menyenaraikan dua sebab iaitu lelaki muda tidak sedominan lekaki tua, yang hanya mahu mengawal pergerakannya.

Sebab kedua ialah baginya lelaki muda bersikap lebih matang dan tidak bersikap kebudakan.

Dia juga membuat kenyataan tentang Shahir Zawawi. Menurutnya hubungan mereka sudah berusia setahun lebih dan dia berasa selesa dengan  hubungan tersebut. Dia juga menyatakan dia menyokong keputusan Shahir untuk berhenti dari bidang hiburan dan menumpukan kepada hal-hal keagamaan.

MEOW: Tunggu Shahir buat kenyataan cintanya pula.

Kredit foto: Asmady Ahmad

 

Carian Anda?

Chief Entertainment Officer

Maintaining and monitoring staffing, levels, Knowledge-Skills-Attributes (KSA), expectations and motivation to fulfill organizational requirements

More Posts - Website - Twitter - Facebook

Kategori: Berita Hiburan Tempatan

| 0 komen

Rozita Che Wan tak mahu dikaitkan dengan Shahir lagi

by Chief Entertainment Officer on July 25, 2011

Rozita Che Wan, hari ni dilaporkan oleh Harian Metro tidak mahu dikaitkan dengan Shahir AF8.

Pelik juga kerana baru sebulan dulu dia mengaku dia bercinta dengan Shahir (walau pun Shahir tidak mengaku).

“Tolonglah jangan kaitkan dengan saya, dia mungkin ada hal peribadinya sendiri dan saya tidak tahu mengenainya,” jelas pelakon popular, Rozita Che Wan mengenai dakwaan penyanyi, Shahir yang menghilangkan diri.Shahir Zawawi, juara Akademi Fantasia musim kelapan atau lebih dikenali sebagai Shahir AF kini dikatakan berada di kediaman keluarganya di Kampar, Perak, hingga menyebabkan syarikat pengurusannya gagal menghubunginya.

Selalunya untuk pasangan bercinta, mesti tahu apa yang berlaku pada kekasihnya, apatah lagi bila berlaku sesuatu yang serius.

Ada yang membuat spekulasi Shahir menghilangkan diri kerana putus cinta dengan Cik Ta, sehingga pulang ke kampung. Ada juga yang berspekulasi hubungan itu putus kerana tidak mendapat restu orang tua Shahir.

MEOW: Berspekulasi memang menyeronokkan.

Kredit foto: Mstar Online

Carian Anda?

Chief Entertainment Officer

Maintaining and monitoring staffing, levels, Knowledge-Skills-Attributes (KSA), expectations and motivation to fulfill organizational requirements

More Posts - Website - Twitter - Facebook

Kategori: Gosip Hiburan

| 0 komen

Menanti tayangan filem “Gentayangan”

by Chief Entertainment Officer on June 23, 2011

Filem ini siap selepas penggambaran selama 40 hari pada tahun 2008. MEOW masih ingat semasa sidang akhbar filem ini oleh Second Life Pictures. Sdn. Bhd. dan ianya diarahkan oleh Zulkiflee M. Osman dan jalan ceritanya agak menarik, ditulis oleh Shahriman Wahap. Mencari poster filem ini di Internet, menemukan MEOW dengan ini:

Kelihatan terlalu amatur untuk sebuah poster

MEOW menemukan kenyataan produser filem ini, Zubir Yahya, di sebuah laman sesawang:

Selain dari bidang ICT saya juga berkecimpungan didalam bidang hiburan dan pada tahun 2007 saya telah memulakan untuk menghasilkan sebuah filem seram yang ramai dikalangan pelakon yang menyertai filem beliau terdiri dari pelakon-pelakon popular seperti Rusdi Ramli,Nasir Bilal Khan,Rozita Che Wan,Wan Maimunah,Yasmin Hani,Lana Nordin dan ramai lagi.Oleh kerana terdapat sedikit masalah yang timbul maka filem keluaran saya ini terpaksa ditangguhkan dan Insyallah..ianya akan mula ditayangkan pada penghujung tahun 2011/2012.

Kalau dilihat dalam senarai tayangan filem Malaysia untuk tahun 2011, filem ini ada. Maknanya ia akan ditayangkan akhirnya selepas 3 tahun. Namun itu juga tidak pasti sama ada ianya benar, kerana biasanya filem yang ditayangkan akhir 2011 / awal 2012 seharusnya sudah ada treler dan poster, seperti filem-filem lain.

Semua berita tentang filem ini yang MEOW temukan adalah dari tahun 2008. Ketika itu ia mensasarkan kutipan RM 10 juta dan dikompangkan akan muncul dalam format boleh ditonton di telefon (ini tidak susah, hanya perlu konversi ke fail .3gp, apatah lagi telefon pintar masa kini boleh membaca banyak format fail video), diedarkan oleh 1000 pengedar sebagai usaha pemasarannya. Soalnya mungkin, sama ada filem ini benar-benar akan ditayangkan setelah diperap sebegitu lama.
Baca Sampai Habis!

Carian Anda?

Chief Entertainment Officer

Maintaining and monitoring staffing, levels, Knowledge-Skills-Attributes (KSA), expectations and motivation to fulfill organizational requirements

More Posts - Website - Twitter - Facebook

Kategori: Berita Hiburan Tempatan

| 0 komen

Rozita Che Wan dan Shahir Pulang Ke Kedah Berduaan?

by Chief Entertainment Officer on May 15, 2011

Baru saja mengesahkan percintaan mereka, Rozita Che Wan dan Shahir telah dikesan di LCCT oleh paparazzi gossip Forum Cari iaitu Idril untuk perjalanan menaiki kapal terbang ke Alor Star pada malam 5 Mei. Umum sedia maklum yang kampung Rozita ada di sana. Apa agaknya yang hendak dibuat di kampung tidak pula diketahui. Harap ada berita baik menyusul tak lama lagi.

MEOW: Perkara baik jangan ditangguh. :p

Carian Anda?

Chief Entertainment Officer

Maintaining and monitoring staffing, levels, Knowledge-Skills-Attributes (KSA), expectations and motivation to fulfill organizational requirements

More Posts - Website - Twitter - Facebook

Kategori: Berita Hiburan Tempatan

| 0 komen

Kasih Najihah Papar Erti Kasi Sayang

by Chief Entertainment Officer on March 11, 2011

Kasih Najihah, sebuah drama bersiri menerusi slot Ratu akan menemui penonton setia TV9 pada setiap Isnin dan Selasa, jam 8.30 malam bermula 14 Mac 2011 ini. Drama yang sarat dengan nilai kasih sayang di dalam sebuah keluarga ini diarahkan oleh Erma Fatimah di bawah produksi Rumah Karya Citra yang menceritakan tentang usaha Najihah untuk mencari kedua ibu dan bapa kandungnya.

Selama ini, Najihah lakonan Nelofa, kakaknya Natilia (Rozita Che Wan) serta adiknya Taufiq (Amar) hidup tanpa kasih sayang ibu bapa mereka dan dibesarkan oleh nenek mereka bernama Nek Som. Pada suatu hari, naluri Najihah memberontak untuk mencari ibu bapa kandungnya sehingga memaksa Nek Som untuk memberitahu ke mana ibu bapa mereka hilang. Pelbagai cara dilakukan oleh Najihah supaya Nek Som bercerita, namun Nek Som tetap membisu seribu bahasa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Anda?

Chief Entertainment Officer

Maintaining and monitoring staffing, levels, Knowledge-Skills-Attributes (KSA), expectations and motivation to fulfill organizational requirements

More Posts - Website - Twitter - Facebook

Kategori: Berita Hiburan Tempatan

| 1 komen

3 pages