Wow, Krisdayanti Cium Bibir Raul
July 22, 2010 by admin
JAKARTA: Ketika menafikan hubungan cintanya dengan ahli perniagaan Raul Lemos, penyanyi kontroversi Indonesia, Krisdayanti atau KD tanpa segan silu mahu bercium dengan lelaki itu di depan khalayak.
Ciuman mesra KD dengan Raul berlaku ketika mereka menghadiri sidang media di EXCELSIOR Cafe n Restaurant, Jl. Radio Dalam Raya No. 26, Jakarta Selatan, Rabu (21/7). Pada ketika itu Raul sedikitt emosi ketika memperkatakan mengenai dirinya di sebuah tabloid hiburan.
ketika melihat aksi Raul yang sedikit emosi itu, KD dengan manjanya cuba mencubit pipi lelaki itu sambil memberi ciuman ke bibirnya.
Wartawan dan jurugambar yang hadir pada majlis tersebut menjadi terkejut lalu meminta kedua-dua pasangan tersebut mengulangi aksi berkenaan.
Bagaimanapun tanpa perasaan malu, KD terus menarik wajah Raul untuk menciumnya semula.
Raul juga mengaku mahu menikahi KD tetapi perlu menguruskan penceraiannya dengan Silvalay Noor Artalitha.
Raul berkata dia sudah melafazkan talak ke atas isterinya itu secara lisan dan atas alasan itulah dia berani untuk keluar bersama KD.
Mengikut perancangan, Raul mahu mengadakan majlis pernikahan mereka di tanah kelahirannya di Timor Laste dan KD sendiri tidak keberatan untuk tujuan itu.
KD bercerai dengan Anang Hermanstah pada 22 Oktober tahun lalu. Khabarnya Raul Lemos menjadi penyebab penceraian tersebut. Setelah bercerai dengan Anag, KD tidak malu untuk menceritakan kepada pihak media tentang hubungan mereka itu
Video Krisdayanti dan Raul Lemos Mesra di Bandung





Berani nyer…
huhuhu…
ni ke laki2 yg KD minat 2?
x la kacak mane pn..
better Anang lg dari die 2.. hohoho…
ntah pape jer…..
haishh asal boleh jek diorang nih!
apa2 ajelah he3…
antara artis yg low mentality,rendah akhlak,cam bangang,dr dlu smpai skang xbrubah lgsung,harap muka n body yg disuntik je..suara xde la sdap mne,stakat minta maaf coz xnk org mrh buat ape!! igt lpas mntk maap terhapus ke dosa??bodoooo la
KD pun dah ikut jejak langkah best fren nyer…CT dengan merampas laki org.sesuai la dorng nie jd kawan baik….