Agak lama kita tak dengar kisah pelawak tanah air veteran Datuk Yahya Sulong yang kini khabarnya terlantar dan menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Hospital Ampang. Datuk Yahya Sulong, atau lebih mesra dengan panggilan Pak Ya yang kini mencecah usia 85 tahun, dikatakan telah terjatuh dalam bilik air di bilik air di kediamannya di Bandar Baru Sentul, petang semalam.
Pak Ya yang dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum ditempatkan di Hospital Ampang di mana tempat beliau dirawat sekarang.
Pak Ya yang sebelum menjadi anak bangsawan ini pernah berkhidmat sebagai anggota Polis dan pernah koma semasa zaman pemerintahan Jepun dahulu selama enam bulan gara-gara kekejaman komunis. Pak Ya pencen Polis pada tahun 1967 dan beralih karier sebagai pelakon drama dan seterusnya kepada perfileman.
Sama-samalah kita berdoa agar Pak Ya cepat sembuh dan sedar daripada koma nie. Amin…
Carian Anda?
- yahya sulong meninggal (14)
- yahya sulong (10)
- yahya sulong sakit (5)
- yahya sulung jatuh (3)
- artis veteran (2)
- datuk yahya sulung (2)
- yahaya sulong meninggal (2)
- yahaya sulong (1)
- yahya sulong meninggal dunia (1)
- yahya sulung (1)
Kategori: Berita Hiburan Tempatan
| 0 komen








